LONDON - Ketika beribu-ribu peserta kecewa kerana gagal dalam uji bakat program realiti X Factor, calon pilihan bergelar juara, Diana Vickers mendedahkan dia menyesal kerana menyertai program berkenaan, lapor sebuah akhbar semalam.
"Ia sangat sukar. Kadang-kadang saya berfikir terdapat banyak tekanan sepanjang kehidupan saya nanti kerana saya baru berumur 17 tahun," katanya.
"Saya juga berfikir kenapa saya menyertai program ini.
"Kini saya membesar di hadapan orang ramai dan pasti sesuatu yang tidak baik akan diperkatakan terhadap saya," ujarnya.
Menurutnya, dia juga berfikir adakah keputusannya untuk menyertai program itu adalah satu kesilapan.
"Bagaimanapun, semua kebimbangan saya itu hanya bertahan selama lima minit dan saya dapat mengatasinya," jelasnya.
"Ketika saya berada di pentas pada hari ini, semua perkara menakjubkan berlaku dan ia sangat berbaloi," katanya menyentuh pertandingan mencari bakat penyanyi itu.
Vickers juga mendedahkan bahawa dia membaca sebuah buku motivasi The Secret.
Buku tersebut menasihati pembaca bahawa mereka boleh mencapai segala impian seki-ranya berfikiran positif. - Agensi
No comments:
Post a Comment