Paris putus cinta


PARIS dan Benji ketika mereka belum berpisah.


LOS ANGELES – Selepas 10 bulan mereka menjalinkan hubungan cinta, selebriti Paris Hilton akhirnya memutuskan hubungan dengan penyanyi kumpulan Good Charlotte, Benji Madden, lapor sebuah akhbar semalam.

Pengacara dan pelakon berusia 27 tahun itu dikatakan lebih banyak meluangkan masa jauh daripada Benji kerana komitmen penggambaran filem di London.

Namun, jarak yang memisahkan mereka gagal mencetuskan kerinduan sebaliknya menjadikan hubungan pasangan itu semakin renggang.

Berita berhubung perpisahan Paris dan Benji menggemparkan komuniti Hollywood yang ketika ini sedang menanti pengumuman pertunangan mereka.

“Hubungan itu sudah berakhir. Paris amat mengagumi Benji tetapi mereka bukan ditakdirkan untuk bersama,” kata satu sumber.

Perpisahan mereka dikatakan berpunca daripada sifat teman lelakinya yang terlalu mengongkong.

“Benji terlalu melindungi dan mengongkong. Dia juga gagal bergaul dengan rakan-rakan Paris,” satu sumber memberitahu media dalam talian, USmagazine.com.

Paris dan Benji mula bercinta pada Februari lepas selepas mereka banyak meluangkan masa bersama-sama semasa melawat rakan karib wanita itu, Nicole Richie.

Nicole, anak perempuan kepada penyanyi veteran Lionel Richie, memiliki seorang anak perempuan berumur 11 bulan hasil perkongsian hidup dengan saudara kembar Benji, Joel. – Agensi

No comments: