LONDON - Penyanyi sensasi, Britney Spears tampil dengan imej Madonna ketika beraksi dalam satu konsert yang diadakan di Jerman, lapor sebuah akhbar semalam.
Spears yang sedang menyertai konsert jelajah sempena kemunculan semulanya kelmarin memakai topi dan kain net sama seperti digunakan Madonna dalam persembahan Sticky & Sweet baru-baru ini.
Persembahan sempena Anugerah Bambi di Oberrheinhalle itu masih mengalami beberapa kelemahan berbanding aksi hebat Spears ketika dia muncul pada awal tahun 2000.
Kehangatan terbaru penyanyi yang terkenal dengan lagu Oops!... I Did It Again itu diharap dapat mengubah memori hitamnya yang teruk dibidas peminat berikutan persembahan buruknya dalam majlis Anugerah Muzik Video pada tahun lalu.
Kebangkitan semula Spears banyak didorong oleh bapanya Jamie yang mengenakan pelbagai halangan termasuk mengawal aset miliknya.
Kehidupan Spears menjadi tidak menentu berikutan perceraiannya dengan Kevin Federline pada Julai 2007 dan keadaan menjadi bertambah buruk apabila dia turut hilang hak penjagaan terhadap dua anaknya, Sean Peterson dan Jayden James. -Agensi
No comments:
Post a Comment