LONDON – Selebriti terkenal, Tom Cruise mengaku dia memikat aktres Katie Holmes dengan bersungguh-sungguh ketika mereka keluar buat kali pertama, lapor sebuah akhbar semalam.
Sebelum ini pelakon tersebut mendapat tumpuan meluas kerana mendedahkan perasaan cintanya terhadap Holmes sambil melompat-lompat di atas kerusi semasa ditemu bual dalam rancangan The Oprah Winfrey Show pada Mei 2005.
“Katie (Holmes) ialah wanita yang mengenali diri sendiri. Dia pintar, pemurah dan elegan. Saya mengaguminya,” kata Cruise yang berkahwin dengan Holmes pada 2006.
– Agensi
No comments:
Post a Comment