Pelakon Harry Potter gagal menemui 'sakti'


EMMA WATSON


LONDON - Pelakon filem Harry Potter, Emma Watson yang menawan ketika tampil sebagai gadis penghias muka depan majalah Vogue dan Chanel akhirnya terjebak dalam masalah fesyen, lapor sebuah akhbar semalam.

Watson, 18, seperti sudah kehilangan 'sakti' ketika dia menghadiri majlis tayangan perdana filem In a Dark Dark House di The Almeida Theatre, London dengan memakai pakaian selekeh kelmarin.

Remaja yang menandatangani kontrak dengan agensi model milik Kate Moss, Storm, baru-baru ini memakai seluar kulit dan baju cerah yang menggeleber.

Keadaan itu merupakan sesuatu yang luar biasa kerana sebelum ini dia sering tampil dengan imej muda dan sofistikated.

Artis muda yang tidak pernah ketinggalan untuk mengikuti Minggu Fesyen London dan Paris pada tahun ini mengaku bahawa dia mengagumi dunia fesyen.

"Saya sentiasa meminati seni dan fesyen," katanya.

Walaupun Watson sedang meniti populariti dalam bidang lakonan, dia tetap berhasrat untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang kesusasteraan Inggeris dan ijazah seni liberal setelah memperoleh keputusan baik dalam peperiksaan A-Level. - Agensi

No comments: