Ryder pengsan dalam pesawat


Winona Ryder


LOS ANGELES - Aktres Hollywood, Winona Ryder dihantar ke sebuah hospital sejurus tiba di Lapangan Terbang Heahtrow, London dipercayai kerana mengambil ubat penenang secara berlebihan, lapor sebuah akhbar semalam.

Terdahulu, Winona yang pernah membintangi filem Interrupted kelihatan pucat apabila dia berada di Lapangan Terbang Los Angeles untuk menaiki penerbangan ke London.

Aktres berusia 37 tahun yang pernah bercinta dengan pelakon kacak Johnny Depp itu kemudian dimasukkan ke Hospital Hillingdon, London Barat kelmarin selepas ketibaannya di England sejurus selepas tengah hari.

Ryder yang tidak gemar menaiki pesawat dipercayai pengsan sebanyak dua kali ketika berada dalam Penerbangan 282 selepas mengambil terlalu banyak pil Xantax untuk menghilangkan gementar.

Jurucakapnya, Mara Buxbaum enggan mengesahkan punca aktres itu jatuh sakit tetapi menyatakan Ryder dibenarkan keluar dari hospital berkenaan pada hari yang sama.

"Dia memang jatuh sakit ketika berada dalam pesawat dan sebagai langkah berjaga-jaga, mereka membawanya ke hospital. "Dia berada di hospital selama sejam. Dia kini berada dalam keadaan baik. Tiada perkara serius berlaku," katanya - Agensi

No comments: