DENVER – Senator Barack Obama berikrar akan memulihkan Amerika dalam ucapannya selepas menerima pencalonan untuk mewakili Parti Demokrat dalam Pilihan Raya Presiden Amerika Syarikat, malam kelmarin.
“Amerika, kami kita adalah baik berbanding lapan tahun kebelakangan ini,” katanya di hadapan 84,000 anggota-anggota Parti Demokrat di sebuah stadium bola sepak di Denver, Colorado.
Angka lapan tahun itu merujuk kepada pemerintah Parti Republikan yang menguasai White House menerusi kemenangan Presiden George W. Bush menewaskan dua calon Parti Demokrat sebelum ini iaitu Al-Gore dan John Kerry.
“Pada waktu ini, pilihan raya kali ini, adalah peluang kita untuk menjadikan abad ke-21 sebagai janji Amerika kembali hidup,” jelasnya.
Beliau merupakan calon Presiden AS berkulit hitam pertama dipilih mewakili Parti Demokrat untuk bertanding dalam pilihan raya pada 4 November depan.
– Agensi
No comments:
Post a Comment