LOS ANGELES - Aktres popular Hollywood, Angelina Jolie terpaksa mendapatkan rawatan kerana mengalami tekanan selepas melahirkan bayi kembarnya baru-baru ini, lapor sebuah akhbar semalam.
Jolie dilaporkan mengalami tekanan perasaan kerana sukar tidur selepas kehadiran bayi kembarnya, Knox Leon dan Vivienne Marcheline yang lahir pada bulan lalu.
Satu sumber berkata, Jolie yang popular dengan filem Tomb Rider sering menangis dan kelihatan penat melayani kerenah anak-anaknya.
"Kekasihnya, aktor Brad Pitt juga pernah menemui aktres itu tertidur di bilik mandi sebanyak dua kali," katanya.
Menurutnya, Jolie sibuk sepanjang masa untuk menyusukan dan cuba menidurkan anak-anaknya tetapi sebaik sahaja seorang lagi tidur, seorang lagi anaknya bangun untuk menyusu.
"Aktres tersebut kini semakin kurus kerana kurang makan akibat terlalu sibuk menjaga anak-anaknya itu," jelasnya. - Agensi
No comments:
Post a Comment