Hero X-Files rawat ketagih seks


DUCHOVNY berkahwin dengan Leoni (kiri) pada 1997.


LOS ANGELES - Aktor terkenal Hollywood, David Duchovny mengesahkan bahawa dia kini mendapatkan rawatan kerana ketagih seks, lapor sebuah akhbar semalam.

Dalam satu wawancara aktor itu memberitahu bahawa dia kini menghadapi kesukaran mengawal desakan seksual dan terpaksa mendapatkan rawatan.

"Saya secara sukarela memasuki sebuah pusat pemulihan untuk merawat ketagihan seksual," katanya.

"Saya juga memohon supaya hak peribadi isteri serta anak-anak saya dihormati dan biarlah kami menangani situasi ini sebagai satu keluarga," ujarnya.

Duchovny berkahwin dengan aktres popular, Tea Leoni pada 1997 dan mempunyai dua anak iaitu Madelaine West, 9 tahun dan Kyd, 6 tahun.

Namun, Duchovny menyembunyikan masalah yang dihadapinya itu ketika diwawancara dalam program bual bicara, Entertainmentwise pada awal bulan ini.

Aktor berumur 48 tahun itu sebelum ini popular sebagai ejen yang menyiasat kejadian pelik dalam siri televisyen The X-Files.

Duchovny juga pernah berlakon sebagai seorang lelaki gila seks dalam satu program di sebuah stesen televisyen kabel di Amerika Syarikat (AS). - Agensi

No comments: