PETALING JAYA: Vokalis kumpulan OAG, Mohd Radhi Razali atau lebih dikenali sebagai Radhi OAG dikenakan waran tangkap oleh Mahkamah Rendah Syariah di sini, semalam, selepas beberapa kali gagal hadir kes pengesahan lafaz cerai yang difailkan isterinya.
Hakim Syarie Ghazali Ahmad membuat keputusan itu selepas peguam Noorafizah Abdul Azis yang mewakili isteri penyanyi terbabit, Shazlin Sharif, 30, meminta Radhi dikenakan waran tangkap berikutan beberapa notis amaran sudah dikeluarkan terhadapnya.
Selain itu, Ghazali menetapkan 2 Jun depan untuk sebutan semula bagi kes permohonan pengesahan lafaz cerai berkenaan.
Terdahulu, Noorafizah meminta membuat pindaan terhadap permohonan pengesahan lafaz cerai apabila Shazlin mendakwa Radhi ada melakukan lafaz cerai yang kedua pada 25 Februari lalu.
“Ini berikutan anak guam saya mendakwa Radhi ada melafazkan cerai ‘aku ceraikan kau (Shazlin) dengan talak tiga terus’ melalui telefon pada tarikh berkenaan,” katanya.
Bagaimanapun, mahkamah menolak untuk melakukan pindaan itu dan memerintahkan supaya meneruskan permohonan pengesahan yang terdahulu berhubung lafaz cerai pada 15 September tahun lalu.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment