Festival Filem Dokumentari semasa FFM22


LANCAR... Mohd. Mahyidin Mustakim (kanan) sewaktu melancarkan Festival Filem Dokumentari sambil disaksikan Timbalannya, Mohd. Zulkifli Ab. Wahab di Finas, Hulu Klang, Selangor, baru-baru ini.


BAGI memeriahkan lagi Festival Filem Malaysia yang ke-22 (FFM22), pelbagai aktiviti akan diadakan termasuklah penganjuran Festival Filem Dokumentari (FFD) pada festival itu di Kota Kinabalu, Sabah, pada 5 hingga 8 Ogos ini.

Festival anjuran Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) itu bertujuan memberi fokus kepada filem-filem dokumentari demi memastikan medium itu juga akan berkembang seiring dengan filem cereka pada masa depan.

Ketua Pengarah Finas, Mohd. Mahyidin Mustakim berkata, penganjuran FFD itu tidak bertindan dengan FFM22, sebaliknya ia relevan dengan Dasar Perfileman Negara yang terus diperjuangkan oleh perbadanan tersebut.

“Dasar Perfileman Negara yang telah diluluskan oleh kerajaan mempunyai enam tonggak iaitu berkaitan modal insan, infrastruktur, perundangan, pemasaran, modal dan pembangunan filem dokumentari serta animasi.

“Kita mahu menggalak serta mengangkat cerita-cerita tentang Malaysia melalui dokumentari di peringkat dunia,” katanya pada sidang akhbar selepas pelancaran festival itu di Finas, Hulu Klang, Selangor, baru-baru ini.

Menurut beliau, FFD itu terbahagi kepada empat kategori iaitu Ilmiah/sejarah, kesenian/kebudayaan, alam semulajadi/pelancongan dan isu semasa/kemasyarakatan.

Pemenang setiap kategori akan menerima hadiah wang tunai berjumlah RM5,000, trofi dan sijil, manakala Dokumentari Terbaik Keseluruhannya pula akan memenangi kategori Anugerah Cipta FFM22 dan membawa pulang RM10,000 serta trofi.

“Bagaimanapun untuk menganjurkan FFD atau mempertandingkan kategori Dokumentari dalam FFM22, kami memerlukan pencalonan sekurang-kurangnya lima filem dokumentari,” ujarnya.

Tarikh tutup penyertaan pada Julai ini. Sebarang pertanyaan sila hubungi: Urus Setia Festival Filem Dokumentari Malaysia 2009, Kompleks Studio Merdeka, Jalan Hulu Klang, Selangor atau talian 03-41041300.

Pada majlis itu, Mohd. Mahyidin turut menyerahkan pulangan duti hiburan kepada 11 penerbit dengan 17 filem masing-masing berjumlah RM1.6 juta yang ditayangkan dari November 2008 hingga Februari lalu.

Syarikat KRU Communications Sdn. Bhd. merupakan penerima pulangan duti hiburan paling tinggi sebanyak

No comments: