Pilihan mStar: 5 bintang harapan 2009

Pelakon Jue Aziz sering membuat kesilapan mengejar 'glamor' dengan cara yang salah.

Terlalu ramai bakat muda yang diketengahkan tetapi yang benar-benar berbakat boleh dibilang dengan jari. Kalau populariti dan glamor yang dicari, ramai nama yang akan tersenarai.

Pelakon baru Diana seharusnya lebih berhati-hati dalam setiap tindak tanduk.

Mungkin ada yang rasa sudah hebat dan 'popular' bila wajah manis dan jelita sering terpapar di dada akhbar menjadi tajuk.

'Stigma' orang ketiga dalam krisis rumahtangga Abby Abadi-Norman lebih diberi perhatian dari bakat yang ada pada diri Memey Suhaiza.

Tapi kalau sekadar skandal dan gosip yang diharapkan melariskan nama, itu sudah jauh tersimpang dari matlamat sebenar. Begitu juga 'stigma' yang terpalit kerana publisiti murahan seperti yang diundang oleh Memey Suhaiza, Jue Aziz, Ngasreen Ngasri (Darling) dan Diana Danielle tanpa disedari mereka.

5 bakat muda yang dijangka akan lebih menyerlah di tahun baru ini ialah pelakon Liyana Jasmay, Fouziah Gous, Nabil, Aizat dan Lisa Surihani. Mereka berlima menepati kriteria pemilihan mStar.

LIYANA JASMAY

Liyana Jasmay berbakat besar. Gadis genit berusia 20 tahun ini juga bakal bergelar penyanyi pada tahun depan.

Pelakon kecil molek ini sudah mula menongkah dunia lakonan sejak usia belasan tahun dan kini bintangnya semakin bergemerlapan selepas menjayakan beberapa buah filem seperti Castello, Syaitan, Kami The Movie, Histeria dan bakal muncul dengan beberapa buah filem baru iaitu Papadom dan Maut.

Lakonannya yang bersahaja dan berani mencuba apa sahaja watak yang diberikan itu membuatkan Liyana layak digelar sebagai pelakon versatil.

Gadis genit berusia 20 tahun ini juga bakal bergelar penyanyi pada tahun depan. Setakat ini, penyanyi popular lagu Hanya Kau Yang Mampu, Aizat telah mencipta sebuah lagu untuk Liyana.

KOMEN MSTAR: Liyana perlu berhati-hati memilih watak yang sesuai untuk mengembangkan lagi bakat yang ada. Pelapis pelakon Ellie Suriatie, Umie Aida dan Norkhiriah.

LISA SURIHANI

Lisa bakal muncul dalam filem Jangan Pandang Belakang Congkak dan Rempit V3 terbitan MIG Production Sdn. Bhd. pada tahun ini.

Sebut sahaja nama Lisa, pasti orang akan teringatkan wajahnya sebagai pelakon komersial di TV. Namun, Lisa juga sedang berjinak-jinak dalam bidang perfileman.

Melalui filem I’m Not Single arahan Pierre Andre, Lisa telah dinobatkan sebagai Pelakon Harapan Wanita pada Festival Filem Malaysia Ke-21 (FFM21).

Ternyata usaha pelakon berusia 22 tahun ini untuk bergelar pelakon yang berjaya pada masa akan datang tidak akan sia-sia apabila beliau semakin mendapat tempat di hati pengarah filem dan drama.

Terbaru, Lisa bakal muncul dalam filem Jangan Pandang Belakang Congkak dan Rempit V3 terbitan MIG Production Sdn. Bhd. pada tahun ini.

KOMEN MSTAR: Untuk pergi jauh, Lisa perlu mencantikkan lagi cara lakonannya yang nampak agak keras dan kaku. Wajah yang comel dan ayu boleh membantu Lisa tetapi bakat perlu diasah. Jauhkan dari gosip yang memakan diri.

AIZAT AF5

Lagu Kita nyanyian dan ciptaan sepenuhnya oleh Aizat telah layak ke peringkat akhir Anugerah Juara Lagu ke-23 pada 18 Januari depan.

Pendendang lagu Hanya Kau Yang Mampu ini sudah dikenali sejak menyertai program realiti Akademi Fantasia 5.

Tidak sampai setahun selepas menyertai program tersebut, Aizat sudah mampu mencipta rekod apabila lagu Hanya Kau Yang Mampu berjaya terjual melebihi puluhan ribu secara digital.

Lagu Kita nyanyian dan ciptaan sepenuhnya oleh beliau juga telah layak ke peringkat akhir Anugerah Juara Lagu ke-23 pada 18 Januari depan.

Penyanyi kelahiran Kuala Lumpur ini dijangka bakal menyinar pada tahun ini memandangkan bakatnya bukan sahaja tertumpu kepada bidang nyanyian, malah beliau juga berkebolehan mencipta lagu dan lirik.

KOMEN MSTAR: Bakat semulajadi Aizat sebagai penyanyi dan komposer adalah unik memandangkan usianya yang masih muda. Aizat sudah ada 'support system' yang bagus, kedudukan kewangan yang stabil. Aizat perlu dapatkan material yang bagus dan sebagai komposer, kena selektif bila memilih penyanyi untuk menyanyikan lagunya.

NABIL

Tahun 2009 akan menyaksikan bakat sebenar Nabil sebagai pelakon apabila filem yang diinspirasikan oleh tagline Nabil - 'Lu Fikirlah Sendiri The Movie' akan menemui peminat.

Jenaka 'gila-gila' Ahmad Nabil Ahmad semakin menjadi-jadi tahun ini. Namanya cukup dikenali sehingga berjaya menerbitkan 13 episod program 'Lu Fikirlah Sendiri.'

Malah, ketika Aidilfitri tahun lepas penonton dapat menyaksikan kemunculan anak kelahiran Negeri Sembilan itu di setiap saluran televisyen.

Raja Lawak yang semakin menyerlah bakatnya dalam bidang lakonan mampu pergi jauh lagi. Tahun 2009 akan menyaksikan bakat sebenar Nabil sebagai pelakon apabila filem yang diinspirasikan oleh tagline popularnya iaitu 'Lu Fikirlah Sendiri The Movie' akan menemui peminat pada tahun hadapan. Selain dari filem ini, ada dua lagi filem Sifu & Tonga dan Jinotty akan muncul juga pada tahun hadapan.

Nabil akan dilihat lebih komersial lagi apabila wajah komik Nabil akan dapat ditonton oleh para peminat setia di TV3 dan TV9. Di saluran TV3 pula, dia akan muncul bersama Raja Azura dalam rancangan Ewah-Ewah, manakala di TV9 pula dalam rancangan kanak-kanak, Pondok Pondok.

Populariti Nabil bukan saja sudah sampai ke tanah seberang tetapi diberi peluang bergandingan dengan Fara Fauzana dan Wahid untuk program sensasi Melodi atas permintaan pihak pengurusan.

KOMEN MSTAR: Kekerapan wajah Nabil dipertontonkan kemungkinan akan memberi implikasi yang negatif pada Nabil jika dia tidak berhati-hati. Nabil tidak boleh bersikap terlalu menerima setiap tawaran yang datang kerana ditakuti peminat akan cepat jemu.

FOUZIAH GOUS

Wajah jelita Fouziah Gous membawa banyak tuah kepada empunya diri.

Wajah jelita Fouziah Gous membawa banyak tuah kepada empunya diri. Banyak tawaran yang datang dan pelakon yang baru saja menjalani penggambaran utnuk telemovie Menantu 3 Rasa kini kembali sibuk di lokasi drama bersiri Spa Q musim kedua sebanyak 60 episod.

Sebagai orang baru, Fouziah yang berusia 26 tahun, amat bertuah kerana dapat bergandingan dengan nama-nama besar dan disenangi di stesen TV milik Media Prima.

KOMEN MSTAR: Untuk lebih menyerlah, Fouziah Gous perlu menjauhkan diri dari memegang watak yang stereotaip. Perlu bijak memilih pengarah dan skrip.

No comments: