Showing posts with label seksi. Show all posts
Showing posts with label seksi. Show all posts

Jackman paling seksi




LOS ANGGELES – Majalah People menobatkan aktor Australia, Hugh Jackman (gambar) sebagai lelaki paling seksi di dunia dalam edisi tahunannya yang sebelum ini meletakkan George Clooney dan Brad Pitt di tangga teratas senarai jejaka kacak serta sasa Hollywood.

Gelaran itu diberikan bukan semata-mata bersandarkan wajah kacak dan tubuh berotot Jackman yang berusia 40 tahun dan memiliki ketinggian 1.88 meter.

“Jackman memiliki pakej sebenar - dia seorang lelaki yang tidak meninggi diri, romantis dan menawan. Dia jauh lebih menarik berbanding penampilan di layar perak - itulah seksi,” kata Pengarang Eksekutif People, Elizabeth Sporkin.

Majalah berkenaan memberitahu Jackman memikul senjata sebaris dengan kalangan aktor filem aksi terbaik Hollywood dan menyanyikan balada romantik kepada isteri yang dikahwininya selama 12 tahun, Deborra-Lee Furness.

Selain itu, aktor kacak tersebut juga pandai memasak dan dia akan membuat penkek kepada anak-anaknya Oscar dan Ava jika memiliki masa lapang, lapor People.

Pelakon itu memukau para penonton dalam berbagai-bagai filem daripada yang bercorak aksi seperti X-Men sehinggalah filem yang mendapat pujian kalangan penggiat pengkritik seni, The Prestige.

Jackman juga memenangi anugerah Tony iaitu anugerah tertinggi teater Broadway kerana lakonannya dalam pementasan The Boy from Oz. – Reuters

Halle Berry wanita paling seksi

LOS ANGELES - Halle Berry adalah seorang ibu dan telah menjangkau usia melebihi 40 tahun, tetapi majalah lelaki, Esquire berkata pemenang Oskar itu merupakan wanita paling seksi.

Dalam satu artikel semalam, Berry menulis mengenai apa yang difikirkannya dengan pengiktirafan yang diberikan oleh Esquire.

“Saya tidak tahu apa sebenarnya, saya telah mencecah usia 42 tahun dan mempunyai seorang anak, tetapi saya fikir saya menerima pengiktirafan ini,” tulis Berry.

Dalam artikel tersebut Berry menjelaskan makna seksi dan apa yang menyebabkan beliau kelihatan menarik pada pandangan ramai.

“Seksi bukan sekadar bergaya dengan pakaian seksi dan menampakkan bentuk tubuh, ia adalah berkaitan dengan pemahaman diri dan rasa selesa yang kita alami,” kata beliau.