Showing posts with label di. Show all posts
Showing posts with label di. Show all posts

Siri popular Korea 'Three Daddies with One Mommy' di 8TV

Pendukung watak utama dalam cerita 'Three Daddies and a Mommy.'

Slot popular 8TV ‘Best of The East’ kali ini mempersembahkan drama bersiri popular dari Korea 'Three Daddies with One Mommy'.

Bagi yang menggemari drama-drama bersiri dari Korea, jangan lepaskan peluang untuk menonton pelakon Korea kegemaran anda hanya di 8TV!

Three Daddies with One Mommy disiarkan pada setiap Isnin hingga Jumaat, jam 8.30 bermula 26 Disember 2008!

“Slot ‘Best Of The East’ sentiasa mendapat sambutan yang cukup menggalakkan dan mempunyai pengikut tersendiri. Kami di 8TV juga sentiasa berusaha menyajikan hanya yang terbaik untuk semua penonton,” ujar Lam Swee Kim, Pengurus Besar Penjenamaan, Pembangunan Perniagaan, Pemasaran dan Komunikasi 8TV.

Drama Three Daddies with One Mommy mengisahkan tentang kehidupan seorang bayi perempuan yang comel dan yang lebih menyeronokkan bayi bertuah ini mempunyai 3 orang bapa!

Song Na Yeong yang telah berkahwin sebanyak empat kali kini boleh tersenyum lega apabila telah menemui suami baru Jeong Seong Min yang cukup penyayang dan baik hati. Seong Min mempunyai tiga orang kawan baik Han Soo Hyeon, Choi Kwang Hee dan Na Hwang Kyeong Tae. Mereka selalu menghabiskan masa bersama melepak di rumah Seong Min.

Sejak berkahwin, Na Yeong berusaha untuk mendapatkan anak namun Seong Min menghadapi sedikit masalah kesihatan yang menyukarkan mereka untuk mendapatkan zuriat. Seong Min akhirnya mengambil keputusan untuk menyuruh tiga rakan baiknya mendermakan sperma mereka.

Mereka yang pada mulanya kurang bersetuju dengan keputusan Seong Min akhirnya sepakat untuk membantu Seong Min dan bersetuju untuk mendermakan sperma mereka. Tidak lama kemudian, Na Yeong mengandung dan melahirkan seorang bayi perempuan yang comel. Malang tidak berbau, Seong Min maut dalam sebuah kemalangan jalan raya.

Kisah seorang bayi yang mempunyai tiga orang ayah di 8TV.

Na Yeong membesarkan anak perempuannya itu seorang diri kerana tidak dapat mengenal pasti siapakah bapa kandung sebenar bayi perempuannya itu.

Na Yeong juga terpaksa bekerja keras untuk membayar hutang-hutang suaminya. Tanpa pendapatan yang tetap beliau akhirnya kehilangan tempat tinggal.

Na Yeong mendapat bantuan dari ketiga-tiga rakan baik suaminya. Pada mulanya ketiga-tiga mereka merasa agak terbeban dengan kehadiran Na Yeong dan bayinya namun kerana banyak meluangkan masa bersama-sama, terbit rasa sayang kepada bayi perempuan itu dan mereka turut menaruh hati kepada Na Yeong.

Na Yeong pula jatuh cinta dengan seorang jejaka bernama Jeong Chan Yeong namun jejaka itu tidak mengetahui status sebenar Na Yeong yang mempunyai seorang anak. Pada waktu yang sama Jeong Chan Yeong turut diminati oleh seorang wanita bernama Park Seo Yeon.

Apakah nasib bayi perempuan yang baru lahir itu? Siapakah bapa kandung bayi perempuan comel itu? Bagaimana pula percintaan di antara Song Na Yeong dan Jeong Chan Yeong?

Jangan lupa untuk menyaksikan drama bersiri hebat Three Daddies and One Mommy yang menemui anda setiap jam 8.30 malam, Isnin hingga Jumaat bermula 26 Disember 2008 lalu hanya di 8TV! Siaran 8TV juga boleh ditonton melalui Astro anda di saluran 708!

Resepsi perkahwinan Maya di FRIM


MUHAMMAD ALI menyuapkan isterinya, Maya Karin pada majlis persandingan mereka di FRIM malam tadi.


KUALA LUMPUR - Hasrat Maya Karin untuk bersanding di padang bola sepak dengan disaksikan keluarga dan teman rapat di Malaysia akhirnya menjadi kenyataan.

Tepat pukul 9 malam tadi, pelakon jelita ini disandingkan dengan suaminya, Steven Shorthose atau nama Islamnya, Muhammad Ali di padang bola sepak Institut Penyelidikan Hutan Malaysia (FRIM) di Kepong.

Pemilihan padang bola sepak tersebut adalah bersesuaian dengan peranan Maya sendiri sebagai duta Taman Laut Malaysia yang mahukan manusia supaya menghargai alam semulajadi.

Majlis persandingan tersebut yang berlangsung dalam suasana meriah dihadiri oleh kira-kira 600 tetamu terdiri daripada ahli keluarga dan teman rapat kedua-dua belah mempelai.

Maya, gadis darah kacukan Jerman-Malaysia itu kelihatan anggun berpakaian pengantin moden rekaan Radzuan Radziwill berwarna putih di samping suami tercintanya mengenakan baju Melayu berwarna hitam.

Biarpun begitu, pasangan itu memilih majlis perkahwinan mereka diadakan secara sederhana yang tidak menyaksikan acara merenjis, sebaliknya kedua-dua pengantin hanya memotong kek dan makan beradab.

Maya yang pernah membintangi beberapa filem tanah air dan terakhirnya bertajuk Duyung bersama pasangannya juga tidak melepaskan peluang beramah mesra dengan tetamu yang hadir.

Mereka telah melangsungkan majlis pernikahan di daerah kaki pergunungan di Lake Como, Itali pada 14 Ogos lalu.