Stephen Gately |
LONDON: Anggota kumpulan Boyzone, Stephen Gately dilapor mati selepas parti liar arak selama lapan jam.
Akhbar The Sun yang diterbitkan di London melaporkan, Gately, 33, yang jarang minum, mabuk teruk ketika menghadiri parti di sebuah kelab gay di Majorca, Sepanyol, bersama temannya, Andy Cowles.
Mereka dilihat minum terlalu banyak sebelum bertemu lelaki Bulgaria berusia 25 tahun dan kembali ke apartmen mereka untuk sambung minum.
Mayat Gately ditemui oleh Cowles keesokannya.
Polis percaya dia tercekik muntahnya sendiri.
Gately dan Cowles meninggalkan apartmen mereka berhampiran Port D’Anratx jam 9.30 malam (waktu tempatan) Sabtu lalu untuk ke sebuah bar di Palma.
Mereka kemudian berlepas ke kelab gay terkemuka, Black Cat.
Seorang saksi yang turut berada di kelab itu berkata, pasangan berkenaan minum terlalu banyak.
“Gately mabuk teruk,” katanya.
Gately dan Cowles kemudian menemui Giorgi Duchev yang mengekori pasangan itu pulang ke apartmen berkenaan pada jam 4.30 pagi.
Cowles masuk tidur jam 5.30 pagi, meninggalkan Gately yang lena di atas sofa.
Dia menemui temannya dalam kedudukan mencangkung dengan muka tersembam pada bantal sofa tengah hari berikutnya..
Polis semalam cuba mengesan Duchev.
Sumber polis berkata: “Kami tidak percaya ada perbuatan khianat tetapi kenyataannya amat penting.”
Anggota kumpulan Boyzone lain, Ronan Keating, Keith Duffy, Mikey Graham dan Shane Lynch tiba di Majorca malam tadi.
Seorang jurucakap Keating berkata, dia begitu sedih dengan kejadian itu.
Pengurus kumpulan, Louis Walsh membatalkan kemunculannya dalam rancangan X-Factor untuk bersama-sama-sama keluarga Gately. - Agensi
No comments:
Post a Comment