Anak Amy Search kahwin

Oleh Serimah Mohd Sallehuddin


NABILA dan Zaidy selamat diijab kabul semalam.

KUALA LUMPUR: Anak penyanyi kumpulan Search, Nabila Huda Suhaimi, 24, selamat diijab kabulkan dengan pasangannya Zaidy Zailani, 27, di Masjid Wilayah, di sini, semalam.

Dengan sekali lafaz, Nabila yang juga seorang pelakon, sah bergelar isteri kepada Zaidy, tepat jam 10.45 pagi. Pasangan itu yang berkenalan sejak enam tahun lalu dinikahkan sendiri oleh bapa pengantin perempuan, Suhaimi A Rahman atau Amy Search dan disaksikan Penolong Pendaftar Nikah, Cerai dan Rujuk, Mohd Nazarudi Mohd Nadzir.

Pada majlis pernikahan itu, Zaidy menyerahkan mas kahwin bernilai RM80, wang hantaran sebanyak RM22,222.22 serta tujuh dulang hantaran dan dibalas sembilan dulang oleh pihak perempuan.

Tarikh pernikahan itu dipilih sempena tarikh lahir Nabila, yang jatuh pada hari sama. Nabila yang mula berkecimpung dalam dunia lakonan sejak usia 18 tahun adalah anak daripada perkahwinan pertama Amy Search dengan Farida Fadzil.

Nabila yang anggun dengan persalinan warna putih gading mengucapkan kesyukuran kerana majlis pernikahannya berjalan lancar. Dia yang pernah membintangi filem Akhirat dan bakal muncul dengan filem Bohsia masih belum merancang mengenai destinasi bulan madu mereka.

"Perancangan mengenai bulan madu memang ada tetapi bukan tahun ini. Saya mahu majlis perkahwinan ini selesai terlebih dulu sebelum memikirkan mengenai bulan madu. Insya-Allah kami akan berbulan madu tahun depan," katanya.


Jawablah!: 'Susu diberi, tuba dibalas'

Oleh Farihad Shalla Mahmud


Ifa Raziah

BARANGKALI akan ada yang beranggapan bahawa penyanyi Ifa Raziah cuba menegakkan benang yang basah apabila dia tampil memberi kenyataan balas atas dakwaan dia menganiaya pembantu peribadinya (PA), yang bernama Nurul Husna seperti yang disebarkan menerusi e-mel baru-baru ini.

Maklumlah, sebelum ini pun memang ramai yang melabelkan Ifa sebagai artis mulut laser, panas baran dan kaki gaduh. Jadi apabila cerita seperti ini timbul, tentunya mereka yang selama ini mempunyai persepsi buruk terhadap Ifa akan lekas mempercayainya.

Bagi mereka yang berpeluang membaca isi kandung e-mel itu, pasti akan terkejut kerana tidak menyangka, artis mudah didekati serta peramah ini bersikap sedemikian kepada seseorang yang pernah membantunya suatu waktu dulu.

Biarpun pada permulaannya, Ifa enggan memperbesarkan perkara itu kerana tidak mahu ia menjadi kecoh, namun mengenangkan imejnya sebagai pelakon serta ahli perniagaan sudah tercalar gara-gara cerita itu, Ifa merasakan sudah tiba masanya untuk dia bangkit menceritakan keadaan sebenar.

Sambil ditemani suami yang merangkap pengurusnya, Ahmad Yani, si pelantun lagu Panas serta pengasas produk kecantikan Serifa ini meluahkan segala yang terbuku di dada dengan harapan, arang yang terconteng di wajahnya ketika ini dapat segera dipadamkan.

Hip: Benarkah dakwaan yang mengatakan Ifa Raziah menganiaya bekas pembantu peribadi. Bagaimana isu ini boleh timbul?

Ifa: Saya sebenarnya sudah lama tahu pasal e-mel ini tetapi malas hendak memperbesar-besarkan kerana tidak mahu mengecohkan keadaan. Tetapi, apabila dia (Nurul) bertindak menyebarkan cerita ini kepada media, saya rasakan perbuatan itu sudah melampau. Bayangkan, bagaimana saya hendak mengadap muka kawan-kawan, rakan perniagaan, pelanggan saya apabila mereka membaca cerita yang kononnya Ifa Raziah menganiaya pembantu peribadinya. Saya berani memberi jaminan bahawa apa yang diceritakan dalam e-mel itu sememangnya tidak benar, berbaur fitnah dan cuba memburukkan saya dan suami. Walaupun saya sering membawakan watak jahat dalam drama namun saya tidaklah sekejam yang didakwa. Terus terang, apabila cerita itu keluar di akhbar, saya tertekan. Sudahlah anak saya sakit dan sedang dirawat di hospital. Ditambah pula terpaksa berdepan dengan cerita seperti ini. Memang rasa malu sangat kerana satu Malaysia tahu cerita itu.

Hip: Bolehkah orang percaya dengan cerita Ifa ini memandangkan sebelum ini memang banyak cerita negatif mengenai Ifa yang dipaparkan media.

Ifa:
Baiklah, memandangkan maruah saya dan suami sudah tercemar gara-gara e-mel yang ditulis Nurul itu jadi saya mengambil peluang ini untuk menceritakan segala-galanya supaya orang di luar sana tahu siapa yang salah dan siapa yang benar. Saya ingin kupas satu demi satu dakwaan yang dilemparkan menerusi e-melnya itu. Saya akui, Nurul memang bekas pembantu peribadi saya. Dia mula kerja dengan saya pada bulan Julai lalu. Saya akui dialah orang yang membantu saya dengan meminjamkan bilik sewaktu peristiwa hitam di Genting Highlands, awal tahun lalu dan saya tak pernah lupa akan jasanya itu. Dalam e-mel itu, dia mendakwa yang saya masih berhutang dengannya kerana tidak mahu membayar gajinya selepas teruk bekerja. Di sini saya ingin menyoalnya balik, sejak bekerja dengan saya, berapa hari yang betul-betul dia berkhidmat dengan saya? Terus terang, sepanjang empat bulan dia menjalankan tugas sebagai PA, jumlah hari bekerja yang sepatutnya dilakukan amat sedikit. Pendek kata, tak berbaloi dengan gaji yang saya bayar. Saya ingin membuat pembetulan di sini. Saya sebenarnya tidak pernah menyuruh dia berhenti kerja di butik seperti yang didakwa. Mengenangkan dia pernah membantu saya, jadi saya ada tawarkannya bekerja secara sambilan dengan saya terutama pada waktu hujung minggu. Maklumlah, si Nurul ni bukan saja seorang pelajar yang masih menuntut di pusat pengajian tinggi tetapi dia juga sudah berkahwin. Jadi saya memahami jadualnya yang padat. Itu yang saya tawarkan dia bekerja secara sambilan. Namun tak sangka pula dia mengambil keputusan untuk berhenti kerja dan ingin mengikut saya. Memandangkan dia yang buat keputusan, saya pun okaylah. Melihat dia sudah tidak bekerja di butik, saya pun memasang niat untuk menjadikannya PA sepenuh masa saya. Iyalah ketika inipun rezeki saya dalam bidang lakonan murah, jadi teringin hendak menggunakan PA. Tapi tak sangka pula si Nurul ini seorang yang banyak sangat alasan. Setiap kali bila saya ada tugasan yang memerlukan dia berada di sisi, pasti ada saja alasannya untuk tidak mahu turut serta. PA apa macam itu? Boleh dikatakan, dalam sebulan, jumlah hari bekerjanya adalah dalam 4, 5 hari. Jadi cuba fikir, nak kira gaji macam mana? Tapi tak kisahlah dan saya cuba untuk bertolak ansur kerana memahami statusnya sebagai pelajar dan juga isteri. Namun, tak sangka pula susu yang kita bagi, tuba yang dibalasnya.

Hip: Bagaimana pula dengan isu tak bayar gaji?

Ifa: Seperti yang saya katakan tadi, dalam sebulan adalah dalam 4 atau 5 hari saja dia bekerja. Jadi takkan saya hendak bayar dia gaji penuh macam orang kerja sebulan. Saya bayarlah ikut hari. Tapi, saya tak pernah lupa bagi duit minyak padanya. Dia juga mendakwa yang kononnya dia bekerja selama 14 jam gara-gara ikut saya shooting Spa Q. Saya akui, ada satu hari itu penggambaran memang ambil masa lama tapi tahu tak apa yang dilakukannya sepanjang saya shooting tu. Dia bukannya berada di sisi saya serta membantu apa yang patut. Sebaliknya, dia tidur dan dia sendiri yang mengaku yang dia tidur. Tapi saya tak adalah marah dia. Dia sepatutnya beruntung dapat majikan macam saya. Cuba kalau artis lain yang pembantunya tidur sewaktu dia sedang bertungkus lumus di lokasi, sah-sah dah kena hamun di situ juga. Itu belum masuk bab saya biarkan dia ambil duit hasil jualan hamper saya. Ketika musim perayaan tempoh hari, saya ada juga memintanya jualkan hamper saya pada kawan-kawannya, tetapi saya tak ambil wang itu. Sebaliknya, saya berikan semua padanya. Apalah sangat duit itu berbanding dengan jasanya yang pernah membantu kami. Tapi itulah, dia masih tak sedar diri lagi dan menuduh kami macam-macam.

Hip: Jadi apakah Ifa akan melunaskan hutang Ifa padanya?

Ifa:
Sebelum dia berhenti kerja pada 19 November lalu, dia ada memberikan kami surat. Rupa-rupanya isi kandung surat itu adalah luahan perasaan tidak puas hatinya terhadap kami berdua. Malah dalam surat itu dia sudah buat kira-kira, berapakah baki gaji dia yang kami belum lunaskan. Selepas ditolak dengan apa yang kami sudah berikan sebelum ini, baki yang tinggal adalah RM405. Bukan kami tak nak bayar tapi, suami Ifa kata kalau dia hendak sangat baki gaji itu, dia boleh berikan tapi dengan satu syarat, suami Ifa ingin bertemu dengan dia serta suaminya sendiri. Kami mahu bersemuka dengannya dan kami ingin dia menjelaskan beberapa perkara yang dicatatkan dalam surat setebal sembilan muka surat itu? Kami memang bengang sangat sebaik saja kami baca surat itu. Macam-macam perkara yang dibangkitkannya termasuk perkara yang tak ada sangkut paut dengannya. Yani sendiri ada menghantar SMS pada dia, meminta supaya kita bersemuka. Malah kami sanggup menambahkan jumlah wang menjadi RM450 asalkan dia datang berjumpa dengan kami dan menjelaskan apa tujuannya memburuk-burukkan kami.

Hip: Bagaimana pula dengan isu melayannya seperti binatang?

Ifa:
Itu juga tidak benar. Kalau betul saya melayannya seperti binatang, sudah lama badan dia lebam-lebam atau saya simbah air panas padanya. Tapi tak pula berlaku. Dan kalau betul, sudah lama orang gaji saya di rumah itu menerima nasib yang sama. Saya tahu dia tak puas hati dengan saya sebab saya suka jerit atau marah padanya. Tapi cuba fikir, macam mana saya tak marah kalau dia berkelakuan tidak senonoh? Bayangkan, macam mana saya tak jerit kalau setiap kali saya memerlukannya, dia berada di tempat lain. Contohnya sewaktu shooting Spa Q, sudahlah lokasi penggambaran itu dilakukan di sebuah rumah yang teramat besar. Jadi apabila saya memerlukannya untuk mencari barang atau sediakan skrip dan dia hilang entah ke mana, terpaksalah saya menjerit untuk memanggilnya. Rupa-rupanya di sibuk melayan kru produksi bertugas. Saya bukannya apa, dia itu isteri orang. Saya tak mahulah suaminya menyangka yang bukan-bukan serta menuduh saya tak pandai jaga isterinya. Tapi itulah, dia tak boleh terima teguran. Selepas melihat perbuatan dan tindakannya, saya dapati dia sebenarnya tidak tahu apa sebenarnya tugas seorang PA. Malah kalau hendak dibandingkan dia dengan PA orang lain, bezanya macam langit dengan bumi. Orang lain setia menunggu di sisi majikan mereka tapi si Nurul ni suka menghilangkan diri. Kalau tak dipanggil, tak nampak batang hidung.

Hip: Serik untuk menggunakan khidmat PA pada masa akan datang?

Ifa:
Terus terang, saya memang serik nak gunakan khidmat PA. Bayangkan sepanjang lebih sedekad menjadi anak seni, Ifa tak pernah guna khidmat PA. Sebelum ini pun suami yang banyak bantu. Ingatkan hendaklah merasa bagaimana rupanya bila ada pembantu. Ingatkan kerja makin senang, rupanya lagi menambahkan masalah. Lagipun memang sebelum ini Ifa malas hendak menggunakan khidmat PA lebih-lebih lagi wanita dan sudah berkahwin sebab Ifa tahu, mereka ada banyak komitmen tapi mengenangkan jasanya yang membantu kami, saya ambillah dia bekerja. Sebenarnya ada banyak benda yang berlaku sepanjang dia bekerja dengan saya. Cerita duit kami hilang sebanyak RM1800 yang pada ketika kejadian itu berlaku, beg tangan saya berada dalam jagaannya. Tapi kami tak pernah bertanyakan hal itu kerana tidak mahu dia menyangka yang kami menuduhnya. Kejadian itu berlaku pada bulan puasa lalu. Jadi apabila dia mereka-reka cerita dan mendakwa kami dengan pelbagai tuduhan menyakitkan, itu adalah perkara yang amat menyedihkan kami.

Rumah Sudirman terbakar

TEMERLOH: Rumah penghibur nombor satu Asia, Allahyarham Sudirman Arshad di Kampung Bukit Tok Embun, Mentakab dekat sini musnah dalam kebakaran kira-kira jam 4 pagi tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Mentakab, Penolong Penguasa Md Yusof Mustafa, berkata kebakaran itu dipercayai berpunca dari api lilin yang mungkin ditinggalkan oleh penagih dadah yang menjadikan rumah itu sebagai sarang menghisap dadah sejak ditinggalkan kosong beberapa tahun lalu.

Beliau berkata, bomba pada mulanya menerima laporan mengenai kebakaran tiang elektrik pada jarak 15 meter dari rumah itu, tetapi setelah tiba di kawasan kejadian, pihaknya mendapati kepulan asap menyelubungi kawasan rumah berkenaan.

“Semasa anggota bomba sampai ke rumah itu, kira-kira 90 peratus rumah berkenaan sudah hangus terbakar dan bahagian bumbungnya ranap,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Beliau bagaimanapun berkata, pihak forensik bomba masih menjalankan siasatan berhubung punca sebenar kebakaran itu dan kerugian belum dapat ditaksirkan.

Sementara itu seorang jiran, Ramlah Daud, 43, berkata, beliau menyedari kebakaran rumah tempat Allahyarham Sudirman membesar, kira-kira jam 4 pagi apabila terdengar bunyi letupan.

“Saya kemudian melihat percikan api terkena pada tiang elektrik berhampiran dan saya terus menghubungi bomba kerana bimbang kebakaran tiang elektrik itu merebak ke rumah kami dan beberapa rumah jiran yang lain,” katanya.

Adik ipar Allahyarham Sudirman, Ahmad Nizam Hamid ketika ditemui tidak menolak kemungkinan rumah yang dibiarkan kosong itu menjadi sarang penagih dadah kerana pernah melihat kesan timah dan jarum di dalam rumah itu.

“Saya juga pernah membuat laporan polis mengenai kehilangan jeriji besi dan atap tahun lalu dan walaupun tidak pernah bertembung dengan penagih semasa membuat tinjauan tetapi terdapat kesan timah dan jarum,” katanya.

Katanya, Allahyarham Sudirman dilahirkan di rumah di Jalan Ibrahim di bandar lama Temerloh dan kemudian berpindah ke rumah itu dan membesar di situ sehingga tamat sekolah menengah sebelum menyambung pelajaran di Universiti Malaya dalam jurusan undang-undang. - Bernama

Sting's classical detour

Sting brings his classical music project, Songs from the Labyrinth, a personal tribute to the late 16th-century Elizabethan composer John Dowland, to the concert stage in Kuala Lumpur this Sunday.

Following the highly successful Police reunion tour, which ended at Madison Square Garden in New York in August, Sting will take on a vastly different challenge this month, as he returns to the stage in this region with his classical project.

Sting might just be the pop star who spearheads the revival of interest in John Dowland, and the lute in general.

Refined Elizabethan music might not come to mind when you think of Sting. Think again. The rock star/bassist supremo will be touring in support of the Songs from the Labyrinth deluxe album, a CD/DVD of songs by John Dowland, one of the Elizabethan era’s most important composers. It’s a collection of songs for voice and lute – a stringed instrument that was popular in the 16th century.

Presented by An Axcellent Production, Sting in classical concert mode rolls out at the Plenary Hall, Kuala Lumpur Convention Centre this Sunday.

Dowland’s songs are usually performed by highly trained classical musicians. And Sting admits he’s not one of them. But so far, the CD has received good reviews since its 2006 release. A reissue of the album (with bonus material) was released last year.

On stage in Kuala Lumpur, Sting will be performing with Edin Karamazov, classical concert trio ZBG and choir Stile Antico.

It turns out Sting has been “haunted” by Dowland’s music for more than 20 years. His interest in the composer grew even more intense when he was introduced to Karamazov, a lutenist from Bosnia.

Even though these songs were written long before Billboard charts and Top 40, Sting says he’s treating them like pop songs. He calls Dowland the first English singer/songwriter we know of.

“He kind of invented the form – the alienated singer/songwriter,” Sting says.

It makes sense that the “king of pain” is attracted to Dowland. The composer is perhaps best known for hypnotic songs that are full of anguish, with titles including Flow My Tears, In Darkness Let Me Dwell and Come, Heavy Sleep.

Karamazov, a protégé of the legendary conductor Sergiu Celibidache, has been Sting’s partner in this project from its conception.

Also joining Sting and Karamazov on this tour is the British a cappella choir Stile Antico, who featured in all the European performances of Songs from the Labyrinth.

Classical group ZBG takes its name from the surnames of its three members: Allan Zavod, David Berlin and Slava Grigoryan. All three are respected in their own right and their highly original music encompasses the inimitable soundscapes of classical/jazz fusion.

The setlist isn’t entirely classical as Stings also shows how this 400-year-old music has aspects very much in sync with relatively contemporary works. Both Robert Johnson’s Hellhound on My Trail and Sting’s own Police hit Message in a Bottle have been known to make the setlist, albeit with spare but robust accompaniment.

Tickets for Sting’s Songs from the Labyrinth concert in Kuala Lumpur this Sunday are priced at RM203, RM253, RM303, RM353 and RM383. Showtime is 8pm. For bookings, call Axcess hotline (03-77115000) or browse www.axcess.com.my.

Double the mojo at No Black Tie

By N. RAMA LOHAN


If you know where to look, good music can be found. Plying their blues trade are Karen Nunis and Julian Mokhtar, and the duo will turn it up at No Black Tie this weekend.

Times they must be changing because, apparently, the music climate isn’t as bleak as we think it is.

“I don’t think it’s as bad as it looks. There’s a lot of talent out there among the young and what’s great is there is a lot of underground stuff happening where people get to do their thing and develop a following.

“I find a lot of the musicians who’ve been playing for a long time don’t know the younger ones, so there is clearly a void between the two. But there is still appreciation for these younger musicians, they are playing at gigs, and they are getting hits on Myspace and more,” says folk singer Karen Nunis.

Karen Nunis and Julian Mokhtar to perform at No Black Tie on Dec 6.

Having plied her trade for a fair number of years across different parts of the world (Japan, United States, etc), Nunis is a fair judge of the status quo in her native Malaysia.

“A lot of people don’t understand blues as a musical form. People think its a slow, 12-bar thing with drunk guys participating in this interminable jam session. What’s not seen is there are so many styles – rock n’ roll, R&B – and there’s a lot of fast stuff, too. It’s all one web of music going through, really,” says Mokhtar, finding himself compelled to defend the genre he holds so dearly.

Nunis and Mokhtar will be showcasing their appreciation for the blues idiom at No Black Tie (NBT) on Saturday in a show titled Mississippi to Chicago. Both artistes will trade sets and then sit in with each other, along with Mokhtar’s band, the Soul Doctors, with guest Nan Blues on harp hauled in for good measure.

“It works on a few levels. The simple word, ‘blues’, covers a lot of ground, musically and geographically speaking, as well as over time, and the theme of the night, Mississippi to Chicago, expresses that variety,” explains Mokhtar.

“There are many different styles, from New Orleans at the mouth of the Mississippi river all the way up to Chicago, from early 1920s acoustic Delta blues through to modern electric urban styles,” he adds.

“We’re not doing a museum piece performance ... where it’s just running through the blues classics. I’ll probably do a couple of acoustic style things. But it’s not going to be direct copies of anybody in particular but my take on the Delta Blues. The rest of it is going to be on electric guitar, from 50s style of Muddy Waters to Stevie Ray Vaughan, Texas-style stuff and in no chronological order. It’s going to be high energy,” Mokhtar says, disregarding any need for a history lesson during the show.

While Mokhtar and Nunis both share an innate love for the blues, there is a fine line that draws them apart.

“I think blues is what we have in common and some of the off-shoots as well. If you listen to my music, it’s not all blues. In fact, someone described my first album as blues-inflected but the second one is a bit of a departure from that,” Nunis relates.

“We hope the show conveys the whole range of the music genre we are doing ... not just geographically, as in from Mississippi to Chicago, but also through time since this took a while to develop the way it did,” explains Mokhtar.

Beyond paying homage to the blues, Mokhtar does feel that audiences should be educated about it because it is a musical form that has received a lot less exposure than it used to. “If people stop listening to the blues, I’ll be out of a job,” he quips, though fully aware of the truth behind his words.

An experience in Japan has left Mokhtar cooing over the audiences there; “Just like kabuki or something similar, the Japanese will always show respect to an ariste performing. They are quiet during the performance and clap appreciatively at the end of songs.” The bluesman is looking to face a similar audience at NBT this weekend.

Popular music has played a small hand in perhaps providing blues with a foothold among younger listeners, courtesy of a new crop of singer songwriters.

“I would say people like Amy Winehouse, Duffy and Joss Stone have done well, people who have given R&B a bit of a shot in the arm,” Nunis shares.

Should the blues evolve to suit a younger generation of listeners, then? “Well, it has always evolved, it started off with acoustic players like Robert Johnson and all and went on to Muddy Waters and later Eric Clapton and after that Robert Cray ...” Mokhtar reasons.

Mississippi to Chicago sounds like a night of rip-roaring fun ... one to savour, a tip of the hat perhaps to the legends who have given the blues so much credibility and appreciation over the years.

Whether it’s the sad wail of a harp or the metallic clangour of a resonator guitar that seeps into a listener’s soul, only No Black Tie and its denizens will know for sure on the night what this art form has always had to offer.

Karen Nunis and Julian Mokhtar perform at No Black Tie on Saturday. Showtime is 10.30pm and admission is RM30. No Black Tie is located at 17, Jalan Mesui (off Jalan Nagasari), Kuala Lumpur. Call 03-21423737 or e-mail noblacktie2003@yahoo.com.